Rindu kenangan Aidilfitri 2019 - Utusan Malaysia

Rindu kenangan Aidilfitri 2019

PASANGAN warga emas, Salmah Hashim dan Mohd. Noor Ismail menatap gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri 2019 bersama anak, menantu dan cucu di kediaman mereka di Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Tiada apa yang dapat dibicarakan pasangan warga emas, Mohd. Noor Ismail, 79, dan Salmah Hashim, 74, selain menatap dan memeluk erat gambar kenangan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak dan cucu-cucu mereka yang diambil dua tahun lalu.

Lebih memilukan buat pasangan suami isteri itu apabila baru kehilangan anak kedua daripada tiga beradik, Noor Zaihan, 42, akibat penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE) pada September tahun lalu.

Bagi mereka, Syawal kali ini menjadi sejarah dalam kehidupan mereka apabila dua anaknya iaitu yang sulung, Noor Azhar, 47, dan bongsu, Noor Zairani, 36, tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman Permatang

Pasir di sini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Cerita Salmah, sambutan perayaan Aidilfitri kali ini sangat berbeza berbanding tahun-tahun lalu berikutan tiada amalan berkumpul anak beranak di­sebabkan masing-masing be­kerja di Kuala Lumpur.

“Terasa amat sunyi ketika tinggal dua hari sahaja lagi kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hanya gambar Raya kami sekeluarga pada tahun 2019 menjadi pengubat rindu saya dan suami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Salmah memberitahu, biarpun anak-anak tidak pulang beraya tetapi mereka tetap mengirimkan sepasang baju raya sedondon, telekung dan lima jenis biskut termasuk menempah juadah hari raya nanti.

“Dialah (Noor Zaihan) yang menjadi ketua menguruskan persiapan hari raya kami anak-beranak. Masih terbayang wajahnya setiap kali menyambut hari raya.

Tambah Salmah, anak-anaknya tidak pernah terlepas untuk membuat panggilan vi­deo kepada mereka setiap hari selain menempah juadah berbuka daripada peniaga di kawasan berkenaan sepanjang Ramadan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya