Raya, raya juga tapi daftar vaksin Covid-19 - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Raya, raya juga tapi daftar vaksin Covid-19 – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketika orang Islam di seluruh negara menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru masyarakat mendaftarkan vaksin Covid-19.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, meskipun terpaksa beraya dalam keadaan kebiasaan baharu dan terpisah dengan jarak, namun itu bukan alasan untuk orang ramai tidak mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

“Ya, saya tahu tahun ini kita beraya dalam keadaan satu kerana sekali lagi kita terpaksa beraya berjauhan. Ramai terpisah akibat larangan rentas negeri dan daerah.

“Kalau dahulu budaya sewaktu beraya kita berkunjung mesra dan bersalaman, kini, yang jadi kebiasaan tidak dibenarkan.

“Walaupun berjauhan, jangan lupa berhubung sesama kita, menjaga silaturahim antara keluarga. Jangan lupa, ada peluang ini bagi mengingatkan kepada sanak saudara untuk mendaftar vaksin bagi membantu memerangi wabak.

“Dalam kita sambut raya ini jangan lupa penyakit ini hanya boleh tumpas dengan kerjasama kita semua. Semoga kita berjaya menangani wabak ini bersama,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian sempena ucapan Hari Raya Aidilfitri yang ditayangkan menerusi siaran video Tayangan Khas: Perjuangan Beraya 2021 di Facebooknya hari ini.

Umat Islam menyambut Hari Raya Aildilfitri bermula hari ini dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) melarang amalan ziarah-menziarahi termasuk larangan ziarah pusara.

Ini merupakan tahun kedua seluruh umat Islam menyambut hari raya di tengah-tengah jangkitan Covid-19 masih berada pada tahap membimbangkan.

Jawatan Kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (KJKAV) merekodkan sejumlah 10,055,583 sudah mendaftar vaksin manakala 1,156,486 sudah divaksinasi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini dengan sasaran 80 peratus imuniti berkelompok.

Malaysia mempunyai kira-kira 32 juta penduduk di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya