JOHOR BAHRU: Pusat bandaraya Johor Bahru lengang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.
Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Wong Ah Fook yang sebelum ini sibuk dengan aliran kenderaan, kini sunyi daripada deruman enjin.
Walaupun terdapat pusat membeli belah Komtar JBCC dan City Square serta Bangunan Sultan Iskandar (BSI) keadaannya amat berbeza berbanding sebelum PKP dilaksanakan.
BSI yang sebelum ini antara yang paling sibuk dengan ribuan orang ramai yang menggunakannya terutama pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura kini sunyi sepi.
Hanya kelihatan beberapa buah teksi yang masih setia menunggu pelanggan yang balik dari Singapura melalui BSI.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati walaupun kedua-dua pusat membeli belah dan kedai-kedai di sepanjang jalan tersebut dibuka seperti biasa namun kehadiran pengunjung amat sedikit.- UTUSAN ONLINE