PRU-15 pertembungan ‘tiga kerajaan’ - DAP - Utusan Malaysia

PRU-15 pertembungan ‘tiga kerajaan’ – DAP

ANTARA barisan kepimpinan DAP pusat dan negeri yang hadir dalam Konvensyen Biasa DAP Negeri Johor 2021 di Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menyaksikan pertembungan antara tiga kerajaan yang pernah mentadbir negara iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, situasi itu juga merupakan satu nafas baharu buat parti berkenaan yang sebelum ini bertanding sebagai pembangkang semata-mata.

Menurutnya, situasi itu berbeza berbanding PRU terdahulu yang menyaksikan DAP bertanding sebagai pembangkang melawan kerajaan.

“Kali ini, DAP tidak lagi bertanding sebagai pembangkang, sebaliknya sebagai parti dalam gabungan yang mempunyai pengalaman mentadbir.

“Kita adalah kerajaan menanti dan kita mampu untuk menang (dalam PRU-15) kerana kita mempunyai perancangan dan pelan untuk mentadbir negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Johor 2021 yang dirasmikan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo di sini, hari ini.

Konvensyen berkenaan dihadiri seramai 905 perwakilan daripada 210 cawangan seluruh negeri bagi memilih 15 anggota jawatankuasa parti peringkat negeri untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Chin Tong yang juga bekas Timbalan Menteri Pertahanan berkata, DAP tidak lagi boleh bergerak secara sendirian sebaliknya perlu menjalin kerjasama untuk mencapai matlamat penubuhan kerajaan.

“DAP tidak lagi boleh bergerak sendirian, kita perlu bersolidariti bersama parti komponen dalam kerajaan PH dan rakan parti pembangkang lain yang sehaluan.

“Perkembangan parti ini diumpamakan sebagai sebuah kedai runcit yang kini menjadi sebuah pasaraya besar, kita bukan lagi parti pembangkang kecil yang kerjanya membangkang sahaja,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya