'Program Annuar Musa bersama pelajar tahfiz sebelum PKP' - Utusan Malaysia

‘Program Annuar Musa bersama pelajar tahfiz sebelum PKP’

TANGKAP layar laporan portal berita berhubung perlanggaran SOP Annuar Musa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung penyiaran laporan tidak benar sebuah portal berita mengaitkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan pelanggaran Prosedur operasi standard (SOP).

Setiausaha Akhbar kepada Menteri berkenan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, laporan berita di portal World Of Buzz itu mendakwa Annuar melanggar SOP dalam sambutan hari jadi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Turut menyiarkan laporan sama, portal berita Malaysia Dateline bertajuk “Walau PKP, Menteri buat majlis hari lahir dihadiri 100 pelajar tahfiz” disiarkan pada pukul 4:09 petang, semalam.

Beliau berkata, laporan berita itu adalah fitnah yang nyata dan merupakan salah satu daripada dua fitnah terbaru terhadap Annuar yang disiarkan portal berkenaan.

“Untuk makluman, program bersama pelajar tahfiz tidak berlaku semasa tempoh PKP seperti dakwaan Malaysia Dateline, sebaliknya berlangsung sebelum pelaksanaan PKP, iaitu pada 29 April lalu.

“Pautan siaran langsung Majlis Silaturrahim dan Berbuka Puasa bersama Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz boleh dilihat melalui https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/650154596384180/ , ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, penulisan berita fitnah itu jelas menunjukkan pelanggaran etika kewartawanan oleh wartawan dan editor Malaysia Dateline kerana mereka langsung tidak membuat semakan fakta sebelum menyiarkan berita fitnah di portal mereka.

Katanya, sebelum ini portal berkenaan menyiarkan satu lagi berita fitnah bertajuk “Sekali lagi menteri bergelar ‘Tan Sri’ didakwa menikah di selatan Thailand”.

Jelas beliau, berita fitnah itu telah disiarkan hanya berdasarkan ciapan Twitter seorang individu, tanpa sebarang rasa tanggungjawab untuk menyemak sama ada sijil nikah tersebut adalah sijil sebenar dan tanpa menyemak ciapan berikutnya yang menyebut bahawa gambar sijil nikah tersebut hanyalah “sekadar hiasan”.

“Pihak kami membuat laporan kepada SKMM terhadap portal, World Of Buzz berhubung pelaporan berita itu kerana memaparkan kandungan berita tidak benar,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya