PRK DUN Melor: Kelantan serah notis kepada SPR - Utusan Malaysia

PRK DUN Melor: Kelantan serah notis kepada SPR

ABDULLAH Ya’kub menunjukkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Melor yang akan diserahkan kepada SPR di Kota Darul Naim, Kelantan. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat keputusan sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) Melor perlu diadakan atau tidak selepas penyandang kerusi itu, Dr. Md. Yusnan Yusoff meninggal dunia Jumaat lalu.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa SPR untuk membuat keputusan berpandukan kepada budi bicara selepas pihaknya memaklumkan notis kekosongan kerusi itu sejurus selepas menerima sijil kematian.

Menurutnya, mengikut peraturan, PRK perlu diadakan kerana tempoh matang selama tiga tahun itu masih belum cukup dan berbaki sembilan hari daripada tarikh bekas wakil rakyat tersebut meninggal dunia pada Jumaat lalu.

“Kalau situasi biasa (sebelum Covid-19) akan ada PRK. Namun DUN Kelantan serah kepada SPR untuk berbuat demikian dengan mengambil kira situasi semasa darurat dan Covid-19 yang sedang melanda ketika ini,” katanya kepada pada sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, DUN Kelantan akan menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Melor itu kepada SPR.

Katanya, notis pemakluman itu akan dilakukan oleh Setiausaha DUN Kelantan di Pejabat SPR Kota Bharu menerusi serahan tangan.

Pada Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor itu meninggal dunia di rumahnya di Ketereh akibat serangan jantung.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Md. Yusnan mewakili Pas memenangi kerusi DUN Melor dengan majoriti 647 undi.

Beliau meraih 7,820 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Azmi Ishak yang mendapat 7,173 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Abdul Aziz Abdul Kadir, 2,122 undi.

Berdasarkan kepada Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan, kekosongan sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan perlu diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh SPR mendapati kerusi tersebut kosong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya