Polis tingkat keselamatan di Stadium Bandaraya malam ini - Utusan Malaysia

Polis tingkat keselamatan di Stadium Bandaraya malam ini

SAHABUDIN ABD. MANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Polis Pulau Pinang akan meningkatkan kawalan keselamatan pada aksi perlawanan Liga Super antara Penang FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bandaraya di sini malam ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, seramai 92 anggota termasuk pegawai polis terlibat dalam penugasan di luar dan di dalam stadium sehingga tamat perlawanan.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam setiap perlawanan yang berlangsung dan untuk perlawanan malam ini, kita akan membuat pemantauan serta kawalan di setiap kawasan stadium.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara tidak diingini termasuk insiden pergaduhan melibatkan penonton atau penyokong kedua-dua pasukan,” katanya di sini hari ini.

Perlawanan ke-13 malam ini akan menyaksikan skuad bimbingan ‘Jurgen Klopp’ Malaysia, Tomas Trucha beraksi buat kali kedua dengan pasukan kendalian Benjamin Mora pada perlawanan yang bermula pukul 10 malam.

Pada 10 Mac lalu, JDT terpaksa bermandi peluh menewaskan Penang FC 2-0 pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya