Polis terima laporan lelaki 'naik hantu' di sebuah restoran - Utusan Malaysia

Polis terima laporan lelaki ‘naik hantu’ di sebuah restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan ada menerima laporan mengenai seorang pelanggan restoran makanan segera yang ‘naik hantu’ dan bertindak ganas sehingga merosakkan mesin juruwang dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ampang di sini Kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, laporan polis berkenaan telah dibuat oleh pengurus restoran berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang hari sama.

Kata beliau, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila seorang pelanggan lelaki datang ke kaunter dan membuat pesanan makanan.

“Lelaki itu memarahi pekerja yang sedang bertugas kerana silap menerima pesanan.

“Berikutan laporan polis yang dibuat, pihak kita juga sudah merakam keterangan pengadu dan melawat lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan mendapati tiada sebarang kerugian dan kecederaan yang dialami pengadu.

“Pengadu juga tidak berhasrat untuk meneruskan kes berkenaan,” jelasnya.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit lapan saat berhubung kejadian.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menolak mesin juruwang yang berada di atas kaunter restoran berkenaan hingga jatuh ke lantai.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya