Polis Shah Alam tumpu rondaan pengangkutan awam - Utusan Malaysia

Polis Shah Alam tumpu rondaan pengangkutan awam

BAHARUDDIN Mat Taib (depan) ketika melakukan tinjauan operasi SJR di Plaza Tol Bukit Jelutong, Shah Alam Selangor hari ini. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam akan meningkatkan rondaan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terutama mengehadkan kapasiti 50 peratus penumpang di dalam pengangkutan awam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pasukan pematuhan tersebut akan meronda Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan lain-lain stesen pengangkutan awam di bawah pentadbirannya.

“Pada PKP 3.0 kali ini pasukan pematuhan SOP akan menumpukan stesen pengangkutan awam seperti LRT dan MRT. Kita juga akan memastikan bas-bas kilang dan bas-bas awam turut mematuhi kapasiti 50 peratus penumpang yang ditetapkan.

“Pergerakan satu kenderaan seramai tiga orang juga kita akan pastikan dipatuhi. Kita mahu pastikan semua pihak mematuhi SOP tersebut bagi mengekang pandemik Covid-19.

“Selain pengangkutan awam, kita turut meningkatkan rondaan di kawasan pembinaan dan industri bagi memastikan SOP PKP 3.0 dipatuhi,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi sekatan jalan raya (SJR) di Bukit Jelutong di sini hari ini.

Baharuddin berkata, setakat ini di daerahnya hanya terdapat satu SJR tetap yang beroperasi iaitu di kawasan Bukit Jelutong.

“Selebihnya kita mewujudkan SJR bergerak mengikut balai polis yang ada seperti di Seksyen 9, Seksyen 6, Seri Muda dan Bukit Jelutong dari semasa ke semasa.

“Pasukan peronda juga akan membuat rondaan bagi memastikan waktu operasi perniagaan 8 pagi hingga 8 malam dipatuhi, kecuali stesen minyak bermula seawal 6 pagi hingga tamat pada waktu yang sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya