Polis serbu 'pusat panggilan’ sindiket judi, 10 ditahan - Utusan Malaysia

Polis serbu ‘pusat panggilan’ sindiket judi, 10 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Satu sindiket yang menjalankan perjudian atas talian tumpas apabila polis menyerbu sebuah rumah yang dijadikan pusat panggilan aktiviti berkenaan di Taman Sunway, Bukit Lenang, Johor Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, serbuan pada pukul 6.30 petang itu berjaya menahan 10 suspek terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan.

Katanya, kesemua yang ditahan merupakan warganegara Malaysia dan berusia antara 20 hingga 30 tahun.

“Turut dirampas dalam serbuan itu, 11 komputer, 46 telefon bimbit pelbagai jenama, satu fail dokumen disyaki rekod perjudian, 143 keping simkad, satu modem dan router internet dan 14 keping kad ATM pelbagai bank.

“Modus operandi sindiket ini ialah menjadikan rumah kediaman sebagai pusat transaksi pemindahan dan pengeluaran wang secara dalam talian melalui akaun bank daripada perjudian yang beroperasi di luar negara.

“Anggaran transaksi membabitkan kumpulan ini adalah antara RM50,000 hingga RM100,000 dengan Malaysia, Singapura dan Hong Kong dijadikan pusat aktiviti perjudian,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, sindiket perjudian yang hanya sempat beroperasi selama dua bulan sebelum diserbu itu dipercayai berpusat di Kemboja.

“Kesemua suspek yang merupakan pekerja sindiket itu kini dikenakan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Mei.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 serta penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya