Polis rampas 99 kotak mercun - Utusan Malaysia

Polis rampas 99 kotak mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis merampas 99 kotak pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM10,000 dengan penahanan seorang lelaki di tepi Jalan Kenanga dekat sini semalam.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.20 malam apabila anggota Balai Polis Tun H S Lee yang sedang menjalankan Operasi Pematuhan Op COVID-19 membuat pemeriksaan terhadap kereta suspek.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 99 kotak mercun pelbagai jenis ditemukan dalam kereta berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mercun tersebut dipercayai untuk dijual kepada penduduk di sekitar ibu negara sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

“Susulan itu, suspek dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sementara menunggu keputusan permohonan reman yang dikemukakan hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya