Polis Klang Selatan tutup tiga jalan - Utusan Malaysia

Polis Klang Selatan tutup tiga jalan

SHAMSUL AMAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis Klang Selatan menutup tiga jalan sepenuhnya susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penutupan jalan sepenuhnya diadakan di Jambatan Musaeddin, Jalan Tengku Kelana, Klang; Jambatan Raja Muda Nala, Klang dan Jambatan Besi (Pengkalan Batu).

Menurut Shamsul Amar, bagi sekatan jalan raya kekal pula, pihaknya akan mengadakan di Persiaran Kota, Klang; (Susur keluar bangunan Majlis Perbandaran Klang) dan Batu 2, Jalan Langat, Klang (berhadapan Indah Water Konsortium).

“Sementara itu, sekatan jalan raya bergerak (mobile) pula akan dilakukan di 24 kawasan dalam daerah Klang Selatan membabitkan 14 pasukan.

“Selain itu, pasukan pemantauan penguatkuasa prosedur operasi standard (SOP) PKP menyeluruh akan ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambahnya, masyarakat dinasihatkan sentiasa mematuhi SOP PKP dan tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhannya.

“Sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi hotline Covid-19 Polis Klang Selatan di talian 03-33762400,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya