Polis kesan segelintir palsu, salah guna permohonan rentas negeri, daerah - Utusan Malaysia

Polis kesan segelintir palsu, salah guna permohonan rentas negeri, daerah

Acryl Sani Abdullah Sani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan ada segelintir individu yang mengambil kesempatan melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa merentas negeri dan daerah kebelakangan ini.

Justeru itu, kata beliau, penelitian lebih akan dilakukan dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran rentas negeri dan daerah yang dipohon dalam usaha terus mengekang penularan Covid-19 yang semakin meningkat.

“Justeru, PDRM akan terus mengawasi serta mengehadkan pergerakan terutama membabitkan rentas negeri dan daerah dalam usaha melaksanakan ketetapan kerajaan untuk terus mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

“Malah, PDRM juga akan lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran rentas negeri dan daerah yang dipohon,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar SOP dan akan mengambil tindakan tegas selaras dengan undang-undang ditetapkan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak ini,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya