Polis direman bantu siasatan rasuah RM5,000 - Utusan Malaysia

Polis direman bantu siasatan rasuah RM5,000

ANGGOTA polis berpangkat lans koperal direman bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM5,000 di Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini. UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM5,000, Rabu lalu.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Azman Mustapha di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dungun selepas menerima wang sebanyak RM2,500 daripada seorang lelaki, kira-kira pukul 3.15 petang, semalam.

Dia yang berkhidmat di sebuah ibu pejabat polis daerah di negeri ini disyaki meminta suapan bernilai RM5,000 sebagai dorongan untuk tidak memanjangkan dan melaporkan kes rogol yang dilakukan lelaki berkenaan terhadap seorang wanita. 

Bagaimanapun, suspek difahamkan bersetuju menerima sebahagian daripada wang suapan yang diminta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga  20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN