Polis buka kertas siasatan bekas ADUN Jabi buat rumah terbuka - Utusan Malaysia

Polis buka kertas siasatan bekas ADUN Jabi buat rumah terbuka

TULAR satu daripada empat keping gambar bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar (kiri) mengadakan rumah terbuka pada hari pertama Aidilfitri lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya pada hari pertama Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, Mohd. Iskandar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini kira-kira pukul 8.15 malam tadi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.

“Maklumat lain masih tidak boleh didedahkan lagi untuk tidak mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, tular empat keping gambar memaparkan orang ramai termasuk kanak-kanak menikmati juadah Aidilfitri di kediaman Mohd. Iskandar.

Sementara itu, Mohd. Iskandar dalam laman sosial Instagram miliknya turut memuat naik gambar hadir memberi keterangan di IPD Besut malam tadi.

Mohd. Iskandar berkata, setakat ini tiada sebarang kompaun ditawarkan kepadanya dan kertas siasatan sudah dibuka untuk tindakan lanjut.

“Urusan selanjutnya saya serahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa,” katanya dalam hantaran itu.

Sebelum ini, ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim dikompaun RM2,000 kerana menerima kehadiran tetamu yang juga jirannya pada 1 Syawal lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya