PKRC baharu perlu dibuka di kawasan lonjakan kes Covid-19 - Utusan Malaysia

PKRC baharu perlu dibuka di kawasan lonjakan kes Covid-19

JALALUDDIN ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) baharu perlu dibuka di kawasan-kawasan yang dijangka berlaku lonjakan kes baharu untuk tempoh jangka masa pendek ketika ini bagi menampung peningkatan peratusan penggunaan katil di PKRC sedia ada.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sekiranya masalah kekurangan petugas barisan hadapan di kawasan berkenaan yang menghalang perkara tersebut, beliau mencadangkan supaya kerajaan membuka permohonan untuk sukarelawan membantu di PKRC baharu yang akan dibuka itu.

“Mereka ini mungkin boleh terdiri daripada kakitangan hospital swasta, graduan lepasan perubatan yang masih belum bekerja atau sesiapa sahaja yang dirasakan layak dan boleh membantu.

“Berilah mereka sedikit elaun harian, sekurang-kurangnya dapat juga membantu mereka yang mungkin masih menganggur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, untuk tujuan itu juga, kerajaan perlu memberi insentif galakan berbentuk potongan cukai kepada mana-mana hospital dan klinik swasta yang meminjamkan kakitangan mereka untuk membantu di PKRC.

“Beri juga insentif galakan kepada mana-mana pemilik premis atau gudang bersesuaian yang secara sukarela hendak memberikan tempat mereka untuk dijadikan PKRC sementara.

“Jika tiada pilihan kawasan yang bersesuaian untuk dibuat PKRC, bina Hospital Medan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia di kawasan-kawasan yang kes positif baharu sudah terlalu banyak atau berdepan dengan ancaman ‘super spreader’,” katanya.

Jalaluddin yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menambah, dengan kes baharu Covid-19 yang terus meningkat ketika ini, sudah pasti hospital-hospital sedia ada tidak akan mampu menampung kemasukan yang tinggi.

“Jika hospital penuh, PKRC di kawasan tersebut penuh, saya tidak rasa kuarantin secara kendiri di rumah adalah satu pilihan yang baik,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya