PKPD: MBI kecualikan sewa sebulan peniaga pasar, medan selera - Utusan Malaysia

PKPD: MBI kecualikan sewa sebulan peniaga pasar, medan selera

RUMAIZI BAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi pengecualian bayaran sewa sebulan kepada lebih 1,000 peniaga yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Ipoh.

Datuk Bandar Ipoh, Rumaizi Baharin berkata, pengecualian bayaran sewa tersebut melibatkan peniaga di Pasar Besar Ipoh serta medan selera di bawah urus selia MBI melibatkan peruntukan sebanyak RM50,000.

“Pihak Majlis mengambil maklum ekonomi peniaga-peniaga kecil yang terkesan berikutan kekangan pergerakan warga kota dalam merancakkan aktiviti perniagaan semasa di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang berkuatkuasa di Daerah Kinta. 

“Justeru itu, pihak majlis memberi pengecualian satu bulan bayaran sewa bagi peniaga-peniaga ini bagi bulan Jun 2021,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penuh MBI Bulan Mei di sini hari ini.

Menurutnya, MBI juga akan meneruskan program-program di bawah agenda MBI Prihatin seperti yang telah dirancang sebelum ini. 

Mengenai pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) sosial dan ekonomi ataupun Fasa Pertama di seluruh negara  bermula 1 hingga 14 Jun, Ruzaimi berkata, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan ia berjaya dilaksanakan.

“Saya ingin menasihatkan warga Ipoh untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.  

“Langkah yang terbaik adalah duduk di rumah untuk kita bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19, semoga usaha ini akan berjaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya