PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan - Utusan Malaysia

PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bakal dilaksanakan di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang selama 14 hari yang bermula pada 5 Mei ini susulan berlaku penularan kes Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam, sebanyak 11 kes positif dicatatkan daripada keseluruhan 40 ujian saringan yang dilakukan ke atas penduduk. 

Beliau berkata, PKPD melibatkan Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Qiraat di Pulai Chondong, Machang, Kelantan bakal ditamatkan mengikut jadual esok ekoran terdapat penurunan kes dan kluster terkawal manakala kes terakhir pula direkodkan pada 30 April lalu dengan melibatkan sejumlah 16 pesakit.

 “Begitu juga PKPD yang membabitkan lima lokaliti di Hulu Besut, Daerah Besut, Terengganu dan akan berakhir pada 4 Mei ini seperti telah dijadualkan sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ia meliputi Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru, Kampung Keruak, Kampung Pak Sik dan Felcra Keruak yang menyaksikan sejumlah 2,468 ujian saringan dilaksanakan.

Kes terakhir ujarnya, direkodkan pada 20 April lalu iaitu hanya empat kes manakala semua kes positif telah dirawat dan semua kontak rapat sudah tamat tempoh pemantauan 14 hari.  -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya