PKPD: 65 anggota pelbagai agensi berkawal di SSTMI - Utusan Malaysia

PKPD: 65 anggota pelbagai agensi berkawal di SSTMI

POSTER mengajak orang ramai berdoa agar penularan Covid-19 berakhir segera dimuat naik Facebook rasmi Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seramai 65 anggota daripada pelbagai agensi ditempatkan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar di sini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula hari ini sehingga 21 Mei.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, tugas pemantauan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan itu akan dilakukan selama 24 jam di sekitar sekolah berkenaan.

“Tugas pemantauan keselamatan 24 jam di lokasi berkenaan dilakukan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bermula pukul 12 tengah malam tadi sehingga 11.59 malam, 20 Mei,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

Katanya, Kementerian Kesihatan sudah melakukan sebanyak 212 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 96 orang daripadanya didapati positif Covid-19.

Sementara itu mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini, Hussin menggesa agar semua pihak dan orang ramai sentiasa mematuhi arahan-arahan dalam SOP yang telah dikeluarkan.

“Patuhi SOP yang ditetapkan pada tempoh PKP kali ini atau akan berdepan dengan tindakan tegas diambil seperti mengeluarkan kompaun di atas kesalahan pelanggaran SOP.

“Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar sentiasa mengamalkan kebiasaan baharu ketika keluar dari rumah seperti memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan pembersih kuman atau air,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya