PKPD : 5 SJR, 4 lorong tikus ditutup di Kuala Berang - Utusan Malaysia

PKPD : 5 SJR, 4 lorong tikus ditutup di Kuala Berang

MOHD. Adli Mat Daud (tengah) meninjau lokasi sekatan jalan raya (SJR) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Kuala Berang di Batu 23, Hulu Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Polis melakukan lima sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Kuala Berang di sini hari ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim tersebut yang berkuatkuasa esok.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, selain SJR pihaknya turut menutup empat laluan tikus bagi menghalang pengerakan keluar masuk penduduk dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, pelaksanaan PKPD selama 14 hari di Kuala Berang yang melibatkan keluasan keseluruhan 7,000 hektar itu membabitkan sebanyak 23 perkampungan dengan hampir 17,000 penduduk.

“Laluan tikus sudah dikenal pasti dan selain SJR, aktiviti pemantauan turut dilakukan bagi memastikan masyarakat mematuhi segala peraturan ditetapkan.

“Seramai 80 pegawai dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam penugasan SJR termasuk polis, 

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi SJR di Batu 23 di sini hari ini. 

Mukim Kuala Berang di Hulu Terengganu dikenakan PKPD berikutan 37 kes positif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi yang dikesan di mukim berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Adli berkata, orang ramai yang ingin memasuki mukim berkenaan perlu mengemukakan bukti tujuan, bagaimanapun penduduk dibenarkan keluar masuk bagi sektor ekonomi penting dan berkaitan sahaja.

“Jika perlu masuk ke kawasan PKPD atas urusan seperti kesihatan, farmasi dan lain-lain, individu perlu mendaftar di SJR dengan menulis nama, nombor kad pengenalan dan tujuan di samping mengemukakan bukti misalnya resit pembelian barangan atau rekod imbasan MySejahtera semasa keluar.

“Kegagalan mengemukakan bukti atau menyalahgunakan tujuan akan dikenakan tindakan saman atau kompaun serta-merta kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPD,” katanya.

Mohd. Adli berkata, aktiviti perkhidmatan penghantaran makanan sepanjang tempoh PKPD masih dibenarkan namun terhad bagi dalam kawasan mukim itu sahaja. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya