PKP: Pesara polis sedekah bungkusan mangga depan rumah - Utusan Malaysia

PKP: Pesara polis sedekah bungkusan mangga depan rumah

KHAIRUDIN Mohd. Sidek membersihkan buah mangga telur sebelum dibungkus dan diletakkan di pagar rumahnya untuk disedekahkan kepada orang ramai di Kampung Pandan Jaya di Rhu 10, Penarik, Setiu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Sejak 25 tahun menanam pokok mangga telur di halaman rumahnya di Kampung Pandan Jaya di Rhu 10, Penarik di sini, seorang pesara polis tidak lokek untuk berkongsi hasil buah-buahan tersebut dengan penduduk setempat.

Khairudin Mohd. Sidek, 58, berkata, buah-buahan ber­kenaan lazimnya dihantar ke rumah jiran-jiran selain surau dan masjid, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorongnya menggunakan pendekatan berbeza dalam meneruskan tradisi tersebut.

Katanya, kali ini amalan bersedekah mangga telur atau juga dikenali sebagai pauh ringan itu hanya dilakukan di rumah menerusi bungkusan-bungkusan yang diletakkan di pagar kediamannya untuk diambil orang ramai.

“Saya ada 10 pokok pauh ringan yang sentiasa mengeluarkan hasil yang banyak hingga kini tanpa mengira musim dan idea untuk meletakkan bungkusan buah di pagar rumah itu tercetus kerana PKP yang membataskan pergerakan.

“Daripada terbiar begitu sahaja sekurang-kurangnya buah yang sudah masak dan manis ini dapat diambil orang ramai yang melalui jalan di depan rumah dengan setiap bungkusan itu dianggarkan seberat dua kilogram,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Khairudin, kesemua buah yang dibungkus terlebih dahulu dibersihkan dan dibasuh bagi memudahkan orang ramai makan dan tidak menyangka perkongsiannya menerusi laman Facebook kumpulan bertanam baru-baru ini mengenai inisiatif tersebut tular hingga mendapat perhatian ramai.

Katanya, dalam masa singkat bungkusan buah mangga yang disedekahkan itu berjaya dihabiskan di samping turut mendapat permintaan daripada orang ramai untuk menghantar ke negeri lain termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya