Pharmaniaga bekalkan 3.8 juta dos vaksin Sinovac akhir Jun ini - Utusan Malaysia

Pharmaniaga bekalkan 3.8 juta dos vaksin Sinovac akhir Jun ini

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pharmaniaga Berhad menerusi anak syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. bakal membekalkan sebanyak 3.8 juta dos vaksin pada akhir Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1.8 juta dos vaksin telah disiapkan dengan 290,480 dos diedarkan kepada Kementerian Kesihatan manakala 793,600 dos sedang menunggu kelulusan Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Kilang Pharmaniaga Lifescience mampu menyediakan 500,000 dos vaksin Sinovac untuk setiap minggu, bermakna sebanyak dua juta dos mampu disiapkan dalam tempoh sebulan.

“Jadi setakat ini, mereka berjaya menyiapkan sebanyak 1.8 juta dos vaksin, dan dijangka akhir Jun ini, lagi dua juta akan disiapkan. Jadi, kita boleh bekalkan 3.8 juta dos vaksin,” katanya dalam sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja bagi melihat persediaan dan proses pengilangan secara ‘fill & finish’ di kilang Pharmaniaga LifeScience.

Pharmaniaga dilantik sebagai pengedar eksklusif vaksin Covid-19 Sinovac di Malaysia oleh Sinovac Life Sciences di China awal tahun ini.

Justeru, Pharmaniaga telah mendaftarkan vaksin ini dan mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah sebagai pemegang lesen vaksin ini di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya