Peruntukan tambahan RM2.1 bilion Bantuan Prihatin Rakyat - Utusan Malaysia

Peruntukan tambahan RM2.1 bilion Bantuan Prihatin Rakyat

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500.

Menurut beliau, isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima kadar sebanyak RM300 manakala golongan bujang pula akan menerima RM100.

“BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun ini. Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak RM2.4 bilion,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN