Perak benarkan hanya 12 jemaah solat di masjid, surau di Perak - Utusan Malaysia

Perak benarkan hanya 12 jemaah solat di masjid, surau di Perak

MOHD. YUSOP HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hanya 12 jemaah termasuk imam dibenarkan menunai solat berjemaah dan Jumaat di masjid dan surau di negeri ini dalam tempoh sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa 1 hingga 14 Jun.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, perkara itu dititahkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah setelah baginda menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Mohd. Yusop, solat Jumaat dibenarkan di masjid dan surau diri Jumaat sahaja dengan bilangan jemaah seramai 12 orang terbatas kepada pegawai masjid dan jawatankuasa kariah sahaja.

“Untuk solat fardu pula, dibenarkan di masjid dan surau dengan bilangan jemaah seramai 12 orang sahaja termasuk imam, pegawai masjid dan jawatankuasa kariah.

“Bagi solat jenazah bagi yang meninggal dunia di rumah tertakluk kepada pilihan ahli keluarga sama ada diadakan dirumah, surau atau masjid dengan bilangan jemaah sama seperti solat Jumaat dan fardu iaitu seramai 12 orang,” katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, sekiranya tempat mengadakan solat bagi jenazah yang meninggal dunia di hospital, ia hendaklah berpandukan nasihat pihak hospital atau pegawai kesihatan.

Mohd. Yusop berkata, semua program mengimarahkan masjid dan surau di negeri ini ditangguhkan dan aktiviti pengurusan dilaksanakan secara maya atau atas talian.

Mohd. Yusup turut menyampaikan titah baginda Sultan Perak, yang menzahirkan ingatan agar rakyat memahami tahap keseriusan penularan wabak dan turut mengambil tanggungjawab membantu usaha untuk memutuskan rangkaian jangkitan.

“Baginda turut menyeru rakyat menunjukkan simpati kepada para petugas barisan hadapan, yang berada dalam keletihan, terutama para petugas perubatan dan kesihatan, dengan mematuhi SOP yang tetapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya