Penyelia ladang maut ditetak - Utusan Malaysia

Penyelia ladang maut ditetak

MOHD AZHAR HAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Seorang penyelia ladang maut akibat ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian yang berlaku di Ladang Malangking kira-kira 2 petang semalam.

Lelaki berusia 42 tahun itu maut akibat kecederaan yang dialami pada bahagian badan setelah ditetak dan ditikam enam lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, semasa kejadian mangsa berada di bilik tidur dalam rumahnya sebelum enam lelaki berkenaan tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik lalu menyerangnya.

Semua suspek dipercayai menyerang mangsa menggunakan parang panjang, pisau dan pemecah ais dan kemudian bertindak melarikan diri.

“Akibat serangan tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan teruk meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk dibedah siasat dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.

Selain itu, anak mangsa berusia 18 tahun yang cuba membantu menyelamatkan ayahnya turut mengalami kecederaan ringan.

Setakat ini, tiga individu ditahan untuk membantu mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Mohd Azhar berkata, polis sedang giat menjalankan operasi bagi mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya