Penugasan ATM ke Palestin di bawah PBB, bukan sendirian - Utusan Malaysia

Penugasan ATM ke Palestin di bawah PBB, bukan sendirian

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke negara luar termasuk Palestin secara sendirian atau bersifat unilateral.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya penugasan ke negara luar dibuat di bawah pasukan pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, penghantaran negara luar juga tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana terikat dengan undang-undang antarabangsa.

“Kita memang ada menghantar misi pengaman di bawah panji-panji PBB. Sebagai contoh di Lubnan. Kita tidak boleh menghantar secara sendirian kerana ia melibatkan undang-undang antarabangsa.

“Jika PBB minta kita untuk hantar tentera sebagai pengaman di Palestin, kita sedia untuk melaksanakannya,” katanya dalam majlis lawatan dan taklimat persediaan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) ATM di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan sini semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya memerlukan lebih ramai doktor dan paramedik untuk penambahan hospital medan berikutan peningkatan kes Covid-19.

“ Sebanyak 30 doktor dan 100 paramedik diperlukan hospital medan bagi menampung keperluan tambahan sedia ada di beberapa negeri sebelum ini.Kita kekurangan doktor, paramedik dan peralatan. Jika kita dapat tambahan tiga elemen ini kita boleh bina lebih banyak lagi hospital medan. Kemampuan kita setakat ini menempatkan beberapa hospital medan seperti di Taman Ekspo Pertanian Serdang (Maeps); Kapit, Sarawak; Tawau, Sabah; Pokok Sena, Kedah dan Pulau Pinang untuk ICU.

”Tapi, kita boleh tambah lagi hospital medan ikut keperluan Kementerian Kesihatan. Jika kita nak nak gunakan doktor dan jururawat sedia ada, kita takut kita kekurangan tenaga di hospital tentera pula,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi mengisi kekosongan tersebut termasuk mempercepatkan pengambilan kakitangan kontrak. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya