Pengerusi Srikandi Muda Bersatu Johor letak jawatan - Utusan Malaysia

Pengerusi Srikandi Muda Bersatu Johor letak jawatan

NUR NAJIHAH ABDUL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengerusi Srikandi Muda Johor dan Bahagian Johor Bahru, Nur Najihah Abdul Halim memaklumkan peletakan jawatannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa hari ini.

Nur Najihah dalam satu kenyataan mendakwa, penarikan diri itu disebabkan ketidakpercayaan daripada kepimpinan tertinggi Srikandi Johor kepada dirinya.

Menurutnya, hal itu ekoran keputusan dibuat kepimpinan yang menukarkan jawatannya ke Biro Kesenian dan Kebudayaan Johor untuk penstrukturan semula Srikandi Muda Johor.

“Dukacita dimaklumkan saya tidak dapat meneruskan tanggungjawab sebagai Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor dan Bahagian Johor Bahru berkuatkuasa hari ini.

“Keputusan dibuat ketika bermesyuarat adalah menukarkan jawatan saya dari Pengerusi Srikandi Muda Negeri Johor ke Biro Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor untuk penstrukturan semula Srikandi Muda Johor.

“Penarikan ini disebabkan ketidakpercayaan kepimpinan tertinggi Srikandi Johor kepada saya selaku Pengerusi Srikandi Muda Johor,” katanya.

Nur Najihah bagaimanapun memberitahu pihaknya menghargai peluang dan jawatan yang diberi namun dengan merendah diri menolak jawatan tersebut. 

“Kepimpinan tertinggi juga akan melakukan penstrukturan semula barisan kepimpinan yang telah dilantik oleh saya.

“Sehubungan itu, saya juga tidak dapat memberikan komitmen pada masa akan datang berikutan saya juga akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dan memulakan kerjaya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, menjadi seorang ketua bukan semata-mata mengajak orang ramai untuk mengikut dan menjadi ‘yes man’, tetapi ada masanya seorang ketua perlu mendengar pendapat dan kritikan pihak lain.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya