Penerima yakin dengan vaksin AstraZeneca - Utusan Malaysia

Penerima yakin dengan vaksin AstraZeneca

KHAIRY Jamaludin berbual dengan 0rang awam yang mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Rabu. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Individu yang menerima suntikan AstraZeneca secara sukarela bermula semalam yakin terhadap keberkesanan vaksin Covid-19 tersebut walaupun dihambat kontroversi.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapati, rata-rata penerima vaksin memberi maklum balas positif selepas mendapatkan suntikan tersebut yang dijalankan di Dewan Tun Hussien Onn dan Dewan Tun Dr. Ismail.

Malah, diyakini pemberian vaksin AstraZeneca mampu menjadi pemangkin kejayaan kerajaan dalam mengekang jangkitan Covid-19 dengan sasaran 80 peratus imuniti berkelompok di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sebanyak 268,800 dos vaksin AstraZeneca akan diberikan kepada individu yang berdaftar secara sukarela.

Pekerja industri pembangunan, Chin Keong, 32, berkata, dia teruja untuk mendapatkan AstraZeneca walaupun vaksin itu dihambat kontroversi yang didakwa menyebabkan darah beku serta kematian.

“Vaksin yang terbaik yang anda boleh dapatkan adalah vaksin yang ada sekarang ini. Ia sangat bagus. Saya sangat teruja dan tidak berasa sebarang kesan sampingan buat masa ini. Semua diuruskan dengan baik malah semua orang kelihatan baik dan bertenaga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagi pesara, Mohamad Sharif Sultan Mohamad, 73, dia langsung tidak gementar jauh sekali berfikir perkara luar jangka walau pun sudah berada di usia lanjut.

Malah, dia menyeru orang ramai untuk segera mendaftar walaupun terpaksa berada dalam senarai menunggu kerana proses mendapatkan suntikan adalah mudah.

“Saya tidak fikir lebih-lebih pun. Kalau di usia saya seperti ini yang berani dan suka rela mendapatkan AstraZeneca, kenapa tidak untuk mereka yang lebih muda daripada? Saya cuma berharap, kita semua bebas daripada Covid-19,” katanya.

Untuk rekod, seramai 2,468 penerima vaksin yang menetapkan temu janji di WTCKL bagi hari pertama suntikan diberikan manakala di Universiti Malaya (UM) seramai 996 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejumlah 928. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya