Penduduk Kampung Relau suram sambut Aidilfitri - Utusan Malaysia

Penduduk Kampung Relau suram sambut Aidilfitri

SEORANG penduduk yang dipakai gelang merah jambu termenung di hadapan pintu rumahnya di Kampung Relau, Bandar Baharu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Lebih 1,000 penduduk di Kampung Relau di sini menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana suram apabila mereka yang dipakai gelang merah jambu terpaksa menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Keadaan itu susulan lebih 200 penduduk kampung tersebut didapati positif Covid-19 bagi Kluster Pintu Air Relau sejak 28 April lalu.

Penduduk, Rosidah Assan, 53, berkata, kesemua penduduk termasuk yang perlu menjalani kuarantin memilih untuk tidak keluar dari rumah bagi mengelak wabak tersebut terus menular.

“Tahun ini nak beraya di rumah penduduk di kampung ini pun tidak boleh kerana ramai yang diarah kuarantin,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia beraya dengan suami serta seorang anak sahaja kerana anak sulung yang tinggal di kampung terletak bersebelahan, Sungai Kechil Ulu tidak pulang beraya kerana wabak tersebut.

“Ini tahun kedua beraya dalam pandemik Covid-19 dan kali ini paling teruk kerana kes positif di kampung ini agak tinggi sehingga membuatkan suasana jadi sunyi sepi,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Relau, Mohd. Fauzi Abdul Wahab berkata, penduduk pada tahun ini beraya di rumah bersama keluarga.

“Saya sendiri akan beraya di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di sini kerana perlu menguruskan bantuan kepada penduduk yang terjejas bersama petugas lain,” katanya.

Tambahnya, kerja-kerja pembahagian barang keperluan makanan kepada penduduk akan dilakukan menjelang hari raya.

“Tahun ini agak suram kerana tiada lagi suasana kemeriahan hiasan lampu pelita serta kanak-kanak bermain bunga api,” katanya.

CAOTION
SEORANG penduduk yang dipakai gelang merah jambu termenung di hadapan pintu rumahnya di Kampung Relau, Bandar Baharu, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya