Pemuda maut terjatuh koridor tingkat 14 inap desa - Utusan Malaysia

Pemuda maut terjatuh koridor tingkat 14 inap desa

LELAKI berusia 26 tahun ditemukan maut di tingkat lima selepas dipercayai tergelincir dari koridor sebuah rumah inap sewa yang disewa bersama-sama rakan-rakannya di tingkat 14 sebuah kondominium di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Percutian singkat lapan sahabat bagi meraikan Hari Pekerja di sebuah inap desa di Tanjong Tokong di sini, semalam berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat terjatuh dari koridor, tingkat 14 bangunan itu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mayat lelaki berusia 26 tahun itu ditemukan dalam keadaan terlentang di tingkat lima bangunan terbabit.

Kejadian dipercayai disedari salah seorang rakannya apabila melihat mangsa berada di koridor berkenaan sebelum tergelincir.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati mangsa menginap di situ bersama rakan-rakannya yang tinggal di Nibong Tebal termasuk rakan sekerja bagi meraikan percutian sempena Hari Pekerja semalam.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama rakan-rakannya sebelum itu sedang minum termasuk minum minuman keras sebelum tergelincir dan jatuh.

“Bagaimanapun, kita akan dapatkan maklumat lanjut daripada rakan-rakannya berhubung kejadian berlaku sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya,” katanya di lokasi kejadian.

Beliau memberitahu, tujuh rakannya akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk diambil keterangan selain disiasat sama ada berada di bawah pengaruh dadah.

“Setakat ini, polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut dan akan menunggu keputusan bedah siasat yang akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang sejurus selesai ujian saringan Covid-19,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya