Pemeriksaan lebih ketat di SJR - Utusan Malaysia

Pemeriksaan lebih ketat di SJR

Polis membuat pemeriksaan lebih teliti dokumen arahan bekerja daripada majikan di semua SJR semasa sekatan pergerakan penuh .- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pemeriksaan lebih ketat dan terperinci akan dilaksanakan di seluruh sekatan jalan raya (SJR) susulan pelaksanaan sekatan perjalanan penuh yang bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata , Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat semakan dokumen sokongan termasuk surat daripada ketua jabatan yang mengarahkan mana-mana individu yang perlu hadir bertugas di pejabat.

“Jika sebelum ini penjawat awam hanya menunjukkan pas kerja untuk berada di jalan raya, namun pada kali ini mereka harus menunjukkan dokumen arahan daripada ketua jabatan masing-masing.

“Bagi kakitangan swasta dan mereka yang terbabit dalam sektor perkhidmatan penting mereka perlu menunjukkan dokumen berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani memberitahu, dokumen yang berdaftar dengan MITI ini seharusnya mempunyai satu tarikh yang mula berkuat kuasa esok dan sebarang dokumen kebenaran dikeluarkan sebelum tarikh ini adalah tidak sah.

“Kerajaan sebelum ini memaklumkan, hanya 20 peratus kakitangan awam dibenarkan bekerja di pejabat, manakala selebihnya diarahkan bertugas dari rumah,” ujarnya

Dalam pada itu, kata Acryl Sani, perintah pergerakan penuh yang dilaksanakan dan bukanlah Perintah Berkurung (curfew), sebaliknya ia bagi mengehadkan pergerakan orang ramai agar tidak keluar dari rumah tanpa arah tujuan.

Ujar beliau, tiada perintah berkurung, namun semua aktiviti perniagaan, pusat membeli-belah dan premis makanan ditutup selepas 8 malam.

“Ini bererti tiada tempat untuk orang ramai atau berkumpulan berkeliaran pada waktu malam dan dinasihatkan untuk mereka duduk di rumah sahaja.

“Masyarakat hanya dibenarkan bergerak dalam 10 km radius sahaja dan jika lebih daripada itu mereka telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya