Pelita raya penyeri ‘tujuh likur’ - Utusan Malaysia

Pelita raya penyeri ‘tujuh likur’

KAKITANGAN Pejabat Daerah Dungun, Mohd. Faiz Mahmad melakukan kerja-kerja akhir pada replika pelita jambatan angkat sempena program pelita raya di Kampung Budaya Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu. – MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Suasana malam tujuh likur di negeri ini dimeriahkan dengan tradisi memasang pelita menerusi program pelita raya di Kampung Budaya Terengganu di sini.

Pengunjung berpeluang melihat pelbagai hiasan pelita raya seperti replika penyu, kapal terbang dan jambatan angkat (drawbridge) yang mengindahkan rumah-rumah tradisional di perkampu­ngan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, penganjuran pelita raya dapat menonjolkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan pada Ramadan selain mempromosikan Kampung Budaya Terengganu sebagai produk pelancongan negeri.

Bagaimanapun katanya, program kali ini diubah suai format pertandingannya bagi meme­nuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditetapkan.

“Lazimnya pelita raya melibatkan penyertaan penduduk setempat menghias halaman rumah masing-masing tetapi pada tahun ini hanya disertai pejabat-pejabat daerah kecuali Besut.

“Kita mengehadkan 300 pe­ngunjung pada satu-satu masa dan orang ramai dijemput hadir bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam secara percuma,” katanya.

Program pelita raya di Kampung Budaya Terengganu berlangsung selama tujuh hari hingga Selasa ini.

Ariffin berkata, orang ramai berpeluang menyertai pertan­dingan pelita raya dengan memuat naik gambar di Kampung Budaya Terengganu menerusi platform media sosial dengan menggunakan tanda pagar ditetapkan.

Katanya, pemenang tempat pertama bakal meraih RM300, kedua (RM200), ketiga (RM100) dan tujuh hadiah sagu hati (RM50).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya