Pelan tindakan pindah penduduk Bukit Malut siap - Utusan Malaysia

Pelan tindakan pindah penduduk Bukit Malut siap

Pemandangan dari atas menunjukkan penempatan Bukit Malut di Langkawi - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pelan tindakan pemindahan penduduk di penempatan haram Bukit Malut di sini telah siap untuk dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pejabat Daerah Langkawi.

Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi berkata, berdasarkan pelan tindakan itu, kerja-kerja pemindahan penduduk di kawasan itu dijangka berjalan lancar apabila dilaksanakan nanti.

SAIFUL ANWAR AZMI

“Pada masa ini ada tiga kawasan yang menjadi pilihan untuk pemindahan penduduk terlibat, tetapi keputusannya akan diumumkan selepas ini,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Pihaknya ju­ga telah menjalankan bancian untuk mengenal pasti penduduk yang layak berpindah ke kawasan penempatan baharu tersebut.

“Jumlah sebenar penduduk yang layak untuk dipindahkan di penempatan baharu tersebut akan dimaklumkan nanti,” ujarnya.

Utusan Malaysia pada 27 April lalu melaporkan Kerajaan Negeri Kedah akan menyediakan kawasan baharu untuk memindahkan penduduk Bukit Malut tidak lama lagi, sekali gus menyelesaikan masalah penempatan haram di tepi laut itu yang berlarutan terlalu lama.

Lebih 10,000 warganegara Myanmar yang kebanyakannya telah memperoleh kerakyatan Malaysia dan memiliki MyKad mendiami kawasan penempatan haram itu.

Kawasan penempatan haram tersebut yang dibuka di kawasan tanah milik kerajaan negeri sejak awal tahun 80-an.

Pada masa ini, dianggarkan kira-kira 2,500 buah rumah didirikan di kawasan itu yang sinonim dengan gelaran Little Myanmar itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya