Pekerja logistik sambilan didakwa guna dokumen palsu - Utusan Malaysia

Pekerja logistik sambilan didakwa guna dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Seorang pekerja logistik sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan satu dokumen palsu berhubung surat lantikan bagi mengambil alih operasi sebuah hotel bertaraf tiga bintang, tahun lalu.

Bagaimanapun, Ungku Abdul Aziz Ungku Yusuf , 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu surat lantikan mengambil alih operasi sebuah hotel yang diketahui oleh tertuduh dokumen itu adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Bank Islam di Jalan Perak di sini antara 10 pagi dan 12 tengah hari, 3 Disember tahun lalu.

Ungku Abdul Aziz didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilyana Ellyna Nor Azmal  menawarkan jaminan RM6,000.

Bagaimanapun, peguam Lee Sin Yee yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap selain menanggung keluarga termasuk ibu yang uzur.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin  RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya