Pasar raya diserbu pelanggan - Utusan Malaysia

Pasar raya diserbu pelanggan

ORANG ramai beratur panjang untuk masuk ke pasar raya di Taman Sentosa Klang Selangor hari ini. UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pengumuman sekatan pergerakan menyeluruh (total lockdown) fasa pertama semalam ternyata membimbangkan masyarakat apabila beberapa pasar raya di daerah ini diserbu pelanggan yang melakukan persiapan awal.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pelanggan sanggup datang awal ke pasar raya tersebut dan berkumpul setengah jam awal sebelum premis itu dibuka iaitu pada pukul 8 pagi.

Malah, pelanggan juga sanggup beratur sepanjang 30 meter di luar pasar raya sambil menunggu giliran masuk yang dikawal selia kakitangan.

Salah seorang petugas pasar raya tersebut berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan minggu lalu, hanya 60 pelanggan sahaja dibenarkan masuk untuk membeli-belah.

“Walaupun hanya 60 pelanggan dibenarkan masuk pada satu-satu masa, mereka yang datang untuk membeli keperluan harian tidak sampai daripada jumlah yang ditetapkan.

“Namun, apabila pengumuman dibuat semalam, pelanggan telah mula datang sebelum pukul 8 pagi tadi dan sehingga pukul 12 tengah hari ini, lebih 300 pelanggan telah hadir untuk membeli barang keperluan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

ORANG ramai mengambil kesempatan untuk membeli keperluan asas di sebuah pasar raya di USJ1, Selangor pada hari ini berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara pada 1 Jun 2021. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI

Semalam, kerajaan mengumumkan sekatan pergerakan menyeluruh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama yang akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun ini.

Dalam pada itu, sebuah pasar raya di Subang Jaya mendapati orang ramai sanggup beratur panjang kira-kira 200 meter untuk membeli barangan keperluan.

Menurut salah seorang kakitangan di pasar raya itu, orang ramai telah menyerbu premis itu sebaik sahaja mereka memulakan operasi pagi ini.

“Kebanyakan pelanggan yang datang membeli barang basah, roti, tisu dan lain-lain barang dapur.

“Namun, bagi mengelakkan kekurangan barangan, kita akan sentiasa memantau stok yang terdapat di rak dan sekiranya berkurangan akan segera menambahnya,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pelanggan N.Suchitra,45, berkata, dia bercadang membeli barang dapur lebih awal sebelum lockdown bagi mengelak berebut-rebut membeli pada saat akhir.

“Kebanyakan orang ramai suka membeli keperluan saat akhir dan sebab itu saya segera datang bagi mengelakkan berkumpul ramai-ramai,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya