Pasar Awam Bukit Mertajam ditutup lebih awal gara-gara Covid-19 - Utusan Malaysia

Pasar Awam Bukit Mertajam ditutup lebih awal gara-gara Covid-19

PASAR Awam Bukit Mertajam ditutup selama sembilan hari bermula hari ini selepas tiga peniaga di situ dikesan positif Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sekurang-kurangnya tiga kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan peniaga di Pasar Awam Bukit Mertajam di sini sekali gus memaksa operasi di situ ditutup lebih awal iaitu bermula kira-kira pukul 2 petang hari ini hingga 8 Jun depan. 

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Rozali Mohamud berkata, penutupan selama sembilan hari itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan segera. 

Pada masa sama katanya, ia juga bertujuan membolehkan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Seberang Perai Tengah (SPT) di sini meneruskan siasatan berkaitan pengesanan kontak rapat selain melakukan aktiviti saringan terhadap peniaga yang terlibat. 

“Kita menyeru mana-mana peniaga yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat supaya segera hadir ke Bilik Gerakan (PKD SPT) untuk menjalani ujian calitan atau menghubungi bilik gerakan tersebut di talian 04-5397884 untuk mendapatkan temu janji. 

“Selain itu, mana-mana peniaga yang ingin menjalani ujian calitan juga boleh berbuat demikian di mana-mana klinik swasta dan memaklumkan kepada MBSP hasil keputusan yang diperolehi untuk tujuan rekod dan perancangan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Rozali, operasi bersepadu yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta wakil daripada Kementerian Kesihatan akan digerakkan untuk mengesan peniaga yang enggan berbuat demikian. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya