Pakej inap desa rancakkan kembali pelancongan domestik - Utusan Malaysia

Pakej inap desa rancakkan kembali pelancongan domestik

YEOH Soon Hin menyerahkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya dalam Program Mai Kacau Bubur Lambuk dan Pelancaran Pakej Homestay Negeri Pulau Pinang di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pakej promosi inap desa menerusi platform digital dijangka dapat merancakkan kembali industri pelancongan domestik yang terjejas ekoran Covid-19.

Pemangku Pengarah Pelancongan Malaysia Wilayah Utara, Yoganthiran Manikam berkata, aplikasi yang dibangunkan Tourism Malaysia itu dapat menarik lebih ramai pembabitan pengusaha inap desa yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Ujar beliau, sebanyak 20 pakej inap desa sudah dirangka melalui 10 Kluster Program Pengalaman Homestay Malaysia di Pulau Pinang setakat ini.

“Program ini membolehkan pelancong tinggal bersama tuan rumah dan mendalami gaya hidup serta mempelajari kebudayaan masyarakat kampung.

“Memandangkan kita masih berperang dengan Covid-19, langkah keselamatan diperincikan bagi memastikan semua pengusaha homestay dan pelancong mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa aktiviti berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Mai Kacau Bubur Lambuk dan Pelancaran Pakej Homestay Negeri Pulau Pinang di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini semalam.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB); Persatuan Homestay Negeri Pulau Pinang dan Tourism Malaysia Wilayah Utara itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin.

Sebanyak 1,500 bungkus bubur lambuk yang disediakan 10 kluster pengusaha homestay diagihkan kepada pengguna jambatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya