Pahang belanja RM56 juta menerusi program BPP - Utusan Malaysia

Pahang belanja RM56 juta menerusi program BPP

WAN Rosdy Wan Ismail (kanan) menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada guru-guru Takmir dan KAFA di majlis penyerahan yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Menerusi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP), sebanyak RM56 juta telah dibelanjakan kerajaan negeri melibatkan pelbagai sektor iaitu pendidikan, perumahan dan bantuan bencana.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dengan adanya kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan yakin BPP dapat dilaksanakan secara berterusan.

“Kita (kerajaan negeri) akan selalu turun padang…kerana cara itu lebih berkesan untuk membantu dan melihat segala keperluan diperlukan rakyat.

“Dengan kedudukan kewangan yang kukuh sekarang ini juga, membolehkan kita memulangkan semula hasil kepada rakyat menerusi program BPP yang dilaksanakan secara berperingkat.

“Sekarang ini, kita tidak akan menunggu…. sebaliknya kita terus mencari apa lagi bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada mereka (rakyat),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan BPP kepada guru dan penyelia takmir serta penyelia Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Seramai 475 guru dan penyelia takmir serta penyelia KAFA dari seluruh negeri ini menerima BPP berjumlah RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM237,500.

Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan dua buah kenderaan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah negeri.

Wan Rosdy berkata, bantuan BPP itu sedikit sebanyak dapat membantu golongan terbabit membuat persediaan menyambut perayaan Aidilfitri nanti. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN