Orang ramai berpeluang wakaf terompah - Utusan Malaysia

Orang ramai berpeluang wakaf terompah

SOHAIMI SHAHADAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 10,000 terompah disasarkan bagi tujuan wakaf di masjid seluruh negara sempena bulan Ramadhan dan kedatangan Syawal nanti.

Sumbangan yang diasaskan Yayasan Jamin di bawah Projek Wakaf Terompah Masjid itu memberi peluang kepada orang ramai untuk memperbanyak sedekah dan amal jariah.

Penaung projek Datuk Sohaimi Shahadan berkata, inisiatif itu turut diberikan bagi memberi keselesaan kepada jemaah masjid untuk berwuduk mahu pun beristinjak.

“”Saya menyasarkan 10,000 pasang terompah dalam masa tiga bulan ini untuk kita sumbangkan, Insya-Allah.

” Saya mulakan dulu di Kundang, Kuang ini dengan 1,000 pasang terompah ke seluruh masjid di sini, juga di sekitar Sungai Buloh. Sambutan daripada kawan-kawan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Sohaimi berkata, orang ramai yang berminat untuk bersedekah menerusi wakaf ini boleh berhubung dengan Yayasan Jamin atau terus menyumbang ke akaun Maybank 562740161099 atas nama Jamin Art Centre dan rujukan terompah,” katanya.

“Untuk sepasang terompah adalah RM30. Kalau satu masjid dapat 10 pasang baru RM300. Mana yang berkemampuan dan rezeki terlebih tu, apa salahnya menyumbang, pahala dapat, dan saham akhirat pun boleh dapat,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN