Operator kilang ditemukan lemas dalam kolam - Utusan Malaysia

Operator kilang ditemukan lemas dalam kolam

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengusung mayat Yap Eng Leong yang ditemukan lemas di dasar sebuah kolam di Kuari Batu, Gurun, hari ini. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GURUN: Seorang operator kilang ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam sebuah kolam  ketika melakukan aktiviti mendaki bukit bersama tiga rakannya di Kuari Batu di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku pada pukul 9.30 pagi ketika Yap Eng Leong, 42, dari Lagenda Height, Sungai Petani dekat sini bersama seorang rakan lelaki dan dua wanita sedang berehat  di kawasan bukit tersebut.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, mereka berehat seketika di tepi kolam itu sebelum meneruskan pendakian.

Bagaimanapun, katanya, mangsa dilihat meniti paip air yang merentasi kolam tersebut sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam kolam tersebut.

” Kawan saya itu tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam sebelum dia cuba berenang ke arah kami tetapi tenggelam beberapa minit kemudiannya.

” Saya dan dua rakan lagi tidak terjun untuk menyelamatkannya kerana ketika itu kami melihat pusaran air kolam itu terlalu deras dan membahayakan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mangsa bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang dan mempunyai empat anak dan mereka telah beberapa kali melakukan pendakian bersama di kawasan itu sebelum ini.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Cempedak, Penguasa Bomba, Muhammad Nor Iman Mustaffa memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 10.21 pagi.

“Seramai 11 anggota dari BBP Guar Cempedak disertai tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani melakukan pencarian di kolam takungan sedalam lebih kurang enam meter itu.

“Selepas sejam melakukan operasi mangsa ditemukan pada pukul 1.30 tengah hari di dasar kolam itu dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes dikelasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya