Operasi Banci Malaysia 2020 (bersemuka) ditangguhkan - Utusan Malaysia

Operasi Banci Malaysia 2020 (bersemuka) ditangguhkan

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perangkaan (DOSM) menangguhkan operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara bersemuka sehingga ke suatu tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.

Pesuruhjaya Banci, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, keputusan itu diambil dalam menyokong usaha kerajaan membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19.

Menurutnya, ketika ini, Banci Malaysia 2020 secara bersemuka sedang dijalankan di seluruh negara sehingga 30 Jun depan.

“Namun begitu, Banci Dalam Talian (e-Census) dan pengumpulan data menggunakan kaedah Computer Assisted Telephone Interview (CATI) masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata, berdasarkan respons yang diterima sehingga kini, seramai 19.2 juta atau 58.8 peratus daripada anggaran 32.7 juta penduduk Malaysia pada tahun 2020 telah direkodkan dalam Banci Malaysia 2020.

“Orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diseru memberikan kerjasama dengan mengisi maklumat melalui e-Census atau sistem panggilan telefon.
“Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila layari portal www.mycensus.gov.my atau berhubung terus dengan pejabat DOSM Negeri berdekatan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya