Neelofa, Muhammad Haris tiba di Kompleks Mahkamah Seremban - Utusan Malaysia

Neelofa, Muhammad Haris tiba di Kompleks Mahkamah Seremban

NEELOFA dan Muhammad Haris tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban, Seremban 2, Seremban hari ini. bagi berhadapan pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selebriti, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, Seremban 2 di sini bagi berdepan dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasangan suami isteri itu tiba kira-kira pukul 8.50 pagi dengan menaiki sebuah kereta BMW berwarna biru.

Kedua-duanya kemudian terus menuju ke Mahkamah Majistret bagi didakwa atas pertuduhan masing-masing.

Muhamad Haris dijangka dituduh di hadapan Majistret, Mahyun Yusof di atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Neelofa pula akan dituduh di hadapan Majistret, Norzaliza Tesmin bagi pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’.

Kedua-duanya dituduh dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet tersebut.

Neelofa menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet dan netizen mempersoalkan bagaimana dia boleh nerentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Perkara tersebut mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.

Dalam video yang dikongsi juga, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai tersebut yang terletak di Nilai 3, di sini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya