Neelofa, suami beli karpet RM10,000 - Utusan Malaysia

Neelofa, suami beli karpet RM10,000

KARPET Iran yang berharga RM3,000 yang dikatakan dibeli Neelofa dan suaminya baru-baru ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor didakwa membelanjakan RM10,000 ketika mengunjungi sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini, Ahad lalu.

Kedai karpet yang dikunjungi oleh Neelofa, 32, dan suaminya Muhammad Haris Mohd. Ismail itu dikenali sebagai ‘Naeem Carpet’ yang mempunyai lebih kurang lima buah cawangan di sekitar Nilai 3.

Cawangan yang menjadi pilihan pasangan suami isteri itu merupakan kedai yang berada di Lot 122-124.

Seorang pekerja kedai yang dikenali sebagai Hussein berkata, memang selebriti terkenal itu datang bersama suaminya untuk membeli permaidani di premis mereka pada Ahad lalu.

“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000.

“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di premis Naeem Carpet di Nilai 3, di sini hari ini.

Hussein berkata, tindakan Neelofa membeli karpet di Nilai 3 dan penularan gambar serta video mereka menyebabkan nama ‘Naeem Carpet’ telah dikenali dan terkenal di seluruh Malaysia.

“Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein memberitahu, pada hujung minggu lalu kedai karpet tersebut dikunjungi ramai orang dan jualan berjalan seperti biasa selepas isu Neelofa merentas negeri untuk membeli karpet di premis mereka tular.

Media melaporkan Neelofa dan Muhammad Haris akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini bagi diambil keterangan dalam masa terdekat.

Ia berhubung dakwaan pasangan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan.

Siasatan susulan penularan gambar dan video Neelofa bersama suami dalam media sosial dipercayai ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya