‘Nasib baju raya tak terbang’ - Utusan Malaysia

‘Nasib baju raya tak terbang’

YUSOF Md. Nor bersama anaknya, Mohd. Syamin Azhar memegang baju raya sambil melihat bumbung rumah mereka di Kampung Tok Pulau, Arau, Perlis yang diterbangkan angin kencang kelmarin. – UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Dua beranak di Kampung Tok Pulau, Simpang Empat di sini hanya mampu termenung di bawah cahaya matahari selepas bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut dan hujan lebat ketika waktu berbuka puasa, kelmarin.

Kejadian itu sekali gus me­rencatkan persediaan keluarga tersebut menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Yusof Md. Nor, 65, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah seorang diri dan sedang menyediakan juadah berbuka puasa sebelum dikejutkan de­ngan angin kencang dan hujan lebat.

Katanya, dia terdengar bunyi sangat kuat dan secara tiba-tiba satu persatu bumbung di ruang tamu dan biliknya diterbangkan angin kencang tersebut.

“Saya melihat bagaimana atap diterbangkan angin kencang itu. Habis rumah saya dibasahi hujan selepas bumbung sudah tidak ada.

“Selepas itu, bekalan elektrik juga terputus berikutan banyak pokok tumpang yang mengenai tiang elektrik di kawasan ini. Kira-kira pukul 11 pagi ini barulah ada kembali bekalan elektrik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Yusof yang menetap di kediaman tersebut bersama anak bongsunya, Mohd. Syamin Azhar, 25, memberitahu, kejadian ribut yang menjejaskan rumahnya dan penduduk lain itu adalah pertama kali berlaku.

“Ia sangat mengejutkan, tambahan pula tidak lama lagi kita bakal menyambut hari raya. Bila atap rumah diterbangkan angin kencang, semua barang habis kena hujan namun nasib baik­lah baju raya berada di dalam almari, jadi terselamatlah.

“Apabila jadi macam ini, semangat untuk sambut hari raya itu pun kuranglah,” kata pesawah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya