Najib dikompaun RM3,000 - Utusan Malaysia

Najib dikompaun RM3,000

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikenakan kompaun RM3,000 atas dua kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Najib dikenakan kompaun RM1,500 bagi setiap kesalahan kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Penyakit Berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Kesalahan pertama adalah gagal mengimbas suhu badan semasa memasuki premis Nasi Ayam Hainan Chee Meng.

Kesalahan kedua beliau adalah gagal mendaftar kehadiran di premis itu melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual.

“Turut dikompuan ialah Pengurus restoran Yeok Wei Hao dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarahkan Najib membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar sebagaimana disyaratkan dalam SOP.

“Semua yang terbabit akan dikeluarkan kompaun dalam masa terdekat dengan nilai kompaun keseluruhan RM13,000,  katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Zainal menasihati orang ramai supaya patuh kepada SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi Covid-19.

Pada 20 Mac lalu, satu video berdurasi satu minit 39 saat menunjukkan Najib dilihat memasuki restoran berkenaan dengan tidak melakukan imbasan suhu serta mendaftar MySejahtera tular di media sosial.

Najib bagaimanapun turut memuat naik kenyataan berhubung perkara itu di Facebook dengan mengaku kesilapan apabila tidak mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera walaupun pegawainya sudah berbuat demikian. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya