Nafas anjur promosi ayam murah di lapan negeri - Utusan Malaysia

Nafas anjur promosi ayam murah di lapan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bersempena Hari Raya Aidilfitri bakal tiba Khamis ini, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menganjurkan promosi jualan ayam murah di lapan negeri pada 11 dan 12 Mei ini.

Nafas dalam kenyataan memaklumkan, jualan istimewa ayam itu dengan tawaran harga antara RM5.50 hingga RM6 seekor bagi ayam jenama Peladang (1.2 kilogram) dan RM11 seekor bagi ayam potong bagi jenama Peladangku (2 kilogram).

Jelas kenyataan itu, orang ramai ingin mendapatkan bekalan ayam diminta tidak melepaskan peluang menikmati jualan murah dengan mengunjungi lokasi-lokasi terpilih antaranya seperti PPK Ayer Mata (Perlis), Agrobazar Rakyat PPK Kubur Panjang (Kedah) dan Surau Ar Rahim Presint 15 (Putrajaya).

“Tawaran istimewa kepada para pembeli sempena Aidilfitri adalah dihadkan dua pek untuk seorang bagi membolehkan lebih ramai orang berpeluang menikmati harga promosi ini dan ia terhad bagi 2,000 ekor ayam di setiap lokasi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, produk ayam tersebut adalah jenis super dan standard jenama Peladang dan ia adalah dijamin halal dan bersih serta berkualiti daripada kilang diproses di Nafas Food Processing & Marketing Sdn. Bhd., Sungai Bakap, Pulau Pinang.

“Ayam super Peladang adalah ayam tanpa isi perut, kaki dan kepala yang bersih serta sedia untuk dimasak. Bagi ayam Peladangku pula, ia merupakan ayam potong keluaran PPN Selangor yang segar dari ladang, keluaran bumiputera dan dijamin halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya