Muda Johor gesa Hamzah disiasat - Utusan Malaysia

Muda Johor gesa Hamzah disiasat

BARISAN kepimpinan Muda Johor membuat laporan polis menggesa agar Menteri Dalam Negeri disiasat atas kes rakaman suara di Balai Polis Bandar Dato' Onn, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor menggesa siasatan dijalankan terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin atas dakwaan campur tangan dilakukannya dalam institusi kepolisan negara.

Pengerusi Eksekutif Negeri Muda, Mohd. Azrol Ab. Rahani meminta agar siasatan yang telus dan adil dibuat agar kecelaruan dan kekeliruan rakyat terhadap integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat dibersihkan.

“Ekoran pengakuan Hamzah bahawa rakaman suara yang tular itu memang dirinya, Muda Johor telah membuat satu laporan polis.

“Kami juga memohon siasatan dibuat sekiranya rakaman itu benar, maka polis perlu menyiasat menteri itu atas pencabulan kuasa seperti yang didakwa,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Dato’ Onn di sini hari ini.

Tambah Mohd. Azrol, laporan polis yang dibuat itu berkaitan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 30 April lalu yang menyatakan campur tangan menteri dalam mengatur urusan PDRM dan menggunakan PDRM sebagai alat ugutan seteru politiknya.

“Kami meminta polis membuat siasatan atas pengakuan Hamzah sendiri bahawa kesahihan rakaman audio perbualan telefon di antara pihak beliau dan dikatakan pihak ‘istana’ tempoh hari.

“Parti Muda Johor juga menuntut kerajaan Perikatan Nasional agar fokus dalam urus tadbir negara daripada sibuk menyusun strategi politik bagi mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum nanti,” katanya.

Baru-baru ini, Abdul Hamid dalam satu sidang akhbar mendakwa berlaku campur tangan politik dalam urusan pentadbiran PDRM selain menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemimpin politik yang menjadikan lompat parti sebagai budaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya