Menara Alor Setar dilimpahi cahaya berwarna bendera Palestin - Utusan Malaysia

Menara Alor Setar dilimpahi cahaya berwarna bendera Palestin

MENARA Alor Setar dilimpahi cahaya berwarna bendera Palestin sebagai rasa prihatin terhadap rakyat di negara tersebut di Alor Setar malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, Menara Alor Setar dilimpahi cahaya berwarna bendera negara itu bermula 15 Mei hingga 22 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Ainol Shaharina Sahar berkata, solidariti itu ditunjukkan sebagai rasa prihatin terhadap rakyat di negara tersebut.

Selain itu, katanya, Menara Kuala Lumpur juga dihiasi dengan limpahan cahaya berwarna bendera negara berkenaan.

“Kedua-dua menara ini akan dilimpahi cahaya berwarna hijau, merah, putih dan hitam sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Sebagai salah sebuah menara ikonik di Malaysia, kami merasakan ini merupakan tanggungjawab kami untuk berkongsi kesedaran dengan rakyat Malaysia khasnya untuk terus prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan seperti ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga menyeru semua agar mendoakan kesejahteraan penduduk Palestin.

“Saya juga ingin menyeru, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin, “ katanya.

Dalam pada itu, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar kini ditutup kepada pengunjung sehingga diberitahu kelak ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga bulan depan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya