Mayat Mohd. Firas Naufal ditemukan, bapa masih hilang - Utusan Malaysia

Mayat Mohd. Firas Naufal ditemukan, bapa masih hilang

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Mayat Mohd. Firas Naufal Mohd. Zamizi, kanak-kanak berusia empat tahun yang hilang ketika menaiki jet ski bersama bapanya di Kampung Pengkalan Baru, di sini petang semalam ditemukan pagi semalam.

Mayat mangsa ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat pada pukul 9.04 pagi, kira-kira 80 meter dari lokasi dua beranak itu dikatakan terjatuh petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Mohammad Ismail Jamaluddin berkata, selepas ditangguhkan pukul 2 pagi, operasi mencari kedua-dua mangsa dimulakan semula pukul 7 pagi ini oleh pasukan penyelamat yang dibentuk pelbagai agensi.

“Selepas dua jam mencari, pasukan penyelamat membabitkan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam berjaya menemukan mangsa pertama.

“Operasi diteruskan untuk mencari mangsa kedua, Mohd. Zamizi Hashim, 37, yang masih hilang,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Mohammad Ismail berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya 

“Usaha mencari mangsa sukar kerana kawasan berkenaan dipenuhi dengan pokok nipah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang semalam dua beranak itu hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika sedang menguji jet ski berharga RM13,000 yang baru dibeli Mohd. Zamizi di Sungai Pangkalan Baru.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya