Masjid Negeri di Seremban ditutup seminggu - Utusan Malaysia

Masjid Negeri di Seremban ditutup seminggu

MASJID Negeri di Seremban diarah tutup selama seminggu sehingga 21 Mei depan selepas terdapat pelanggaran SOP dalam kalangan jemaah. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Masjid Negeri di sini diarahkan tutup selama seminggu bermula hari ini sehingga 21 Mei depan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam kenyataan menerusi akaun Facebook memaklumkan, penutupan berkenaan dilakukan berikutan terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Pelanggaran SOP tersebut seperti jemaah tidak memakai pelitup muka, tidak membawa sejadah dan berdegil apabila disuruh pulang kerana bilangan jemaah melebihi 50 orang.

“Jemaah diingatkan agar mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak JHEAINS dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Masjid Negeri akan dibuka semula pada 21 Mei pada solat Asar,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memberi amaran kepada semua masjid dan surau di negeri ini yang tidak mematuhi SOP bakal berdepan dengan tindakan ditutup selama tujuh hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya